"Saya dapat mesej orang panggil saya penunggang agama, dajjal, b*** makan duit haram. Ada orang mesej anak saya, ada orang mesej isteri saya. Saya pergi sana dengan duit sendiri dan saya tak pernah buka satu tabung pun untuk pergi ke Gaza. Saya pergi dengan sahabat yang sangat rapat dan rakan-rakan di Facebook.
"Sepatutnya siapa yang perlu jawab duit RM20 juta tu? Patutnya Nadir Al-Nuri yang menjawab kat mana RM20 juta tu berada. Saya ulang balik ya, saya minta maaf. Ada yang gelar saya Dajjal, b***. Setan, buang kupiah. Macam-macamlah. Mereka gelar saya dajjal. Saya terluka jugalah.
"Sampai ada yang hantar DM pada anak, isteri saya. Jadi saya dapat nasihat daripada ramai pihak termasuk ang akrab dengan saya, saya jawablah persoalan semua hari ini," demikianlah kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang tampil menjelaskan bahawa segala kos perbelanjaan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin, menerusi satu sesi Live sebentar tadi.
Menafikan tuduhan mengatakan dia membazirkan kos tertentu hasil sumbangan terhadap misi berkenaan, Ustaz Ebit menjawab dia menggunakan wangnya sendiri dan tidak membuka satu pun tabung derma untuk misi kemanusiaan di sana. Ustaz Ebit turut meminta soalan tersebut ditanyakan semula kepada Nadir Al Nuri memandangkan individu tersebut membuka tabung dan mengutip sumbangan untuk pembangunan Gaza.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menjawab soalan berkenaan syarikat HALA yang dikatakan membawa pasukannya ke Gaza. Usaz Ebit berkata dia langsung tidak tahu mengenai syarikat tersebut kerana dia memasuki Gaza melalui Kedutan Malaysia dan Wisma Putra. Jelasnya lagi, dia pernah menghubungi syarikat Mile of Smile dan mendapati cara masuk ke sana bernilai 10 ribu dolar, iaitu kira-kira RM50 ribu.
Sedangkan memasuki Gaza dengan bantuan syarikat Lucky tour bernilai 2,500 ribu dolar iaitu kira-kira RM10,000 sahaja untuk satu kepala. Namun, yang membuatkan mereka terkandas lama disana adalah untuk mendapat kelulusan dua pihak iaitu Kerajaan Mesir dan juga kelulusan tentera.
Ustaz Ebit kemudian menyebut dua individu yang banyak menyentuh namanya mengenai misi di Gaza iaitu penyanyi rap, Caprice dan rakyat Malaysia yang menetap di sana yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri. Menurutnya, perkara pertama yang suka untuk dijelaskan adalah mengenai dakwaan terkait dana atau duit yang bawa dari Malaysia masuk Gaza sebagai sumbangan.
Sebaliknya, Ustaz Ebit mahu Nadir menjelaskan di mana duit sumbangan atau dana yang didakwa kononnya bernilai RM20 juta kerana dirinya tidak tahu dan tidak pernah membawa duit Malaysia masuk ke Gaza. Dalam video live yang berlangsung lebih satu setengah jam di Instagram dan Facebook itu, Ustaz Ebit memakai jubah biru menegaskan beliau terpaksa membuka mulut selepas menerima banyak hinaan sehingga menganggu anak dan isteri termasuk keluarga seperti arwah bapanya.
"Saya tak pernah buka Tabung Gaza. Memang tak pernah. Niat saya hanya nak tolong. Saya tak buka Tabung Gaza. Tak pernah, yang buka Tabung Gaza ini orang lain, bukan saya. Ramai yang ingat saya juga bawa duit dari Malaysia. Tak ada juga. Saya tak ada Tabung Gaza. Saya pakai duit saya sendiri semuanya. Semua duit saya. Saya juga nak tahu, ke mana perginya duit RM20 juta itu, sebab saya tak tahu dan tak ada bawa duit tu," ujarnya.
Dengan penjelasan tersebut, Ustaz Ebit berharap agar beliau dapat menjawab persoalan bersifat fitnah kepadanya apabila ramai yang mendakwa dirinya penunggang agama dan memakan duit haram. Disaksikan lebih 200,000 yang menonton live, Ustaz Ebit bagaimanapun dengan tenang mengatakan sudah memaafkan semua pihak yang memfitnah dan salah faham terhadapnya.
Semalam Ustaz Ebit membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini. Ustaz Ebit memaklumkan beliau difitnah dalam isu yang tular kebelakangan ini dan akan membuat perjelasan lanjut dalam satu sidang media.
________________________
No comments:
Post a Comment