"Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya," tulis pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu yang mendoakan agar anak tirinya, Barr Al Aliy menjadi anak soleh dan sentiasa dirahmatiNya.
Dalam masa sama, pelakon Sari Yanti turut memberi ucapan hari lahir untuk anak sulungnya itu yang kini genap usia 11 tahun: "Anak anakku, Barr's 11th Birthday," tulis Sari ringkas.
Sekitar sambutan ulang tahun kelahiran Barr telah dikongsikan menerusi laman Instagram pasangan ini. Jep dan Sari berkongsi beberapa foto kandid mereka sekeluarga. Meski disambut secara sederhana, namun keraian tetap meriah bersama adik-beradiknya yang lain.
Untuk makluman, Barr dan seorang lagi anak lelakinya, Baasit Al Haq merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sari. Jep dan Sari mendirikan rumah tangga bersama pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment