"Assalammualaikum semua, hasil swap test semalam, Kami sekeluarga didapati POSITIF COVID-19. InsyaAllah walaupon ujian ini agak berat buat kami sekeluarga, pasti dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.
"DOAKAN KAMI SEKELUARGA KEMBALI SIHAT TERUTAMANYA @sitisarahraissuddin YG MENGANDUNG 7 BULAN. #ALLAHUJIALLAHSAYANG #POSITIFCOVID19," demikian tulis pelawak Shuib Sepahtu menerusi laman Instagram muliknya.
"Assalamualaikum semua.. kami dah dapat dah keputusan swab test pagi ni.. Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positive covid. Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan blapang dada. Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari ni.. kami serahkan semuanya kepada Allah. Amin Insha Allah.
"Sarah nak jelaskan untik elak salah faham, urusan perniagaan & perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ni bagi pihak Sarah. And Sarah & keluarga nak kekal positif & melihat ape yang terjadi ni sebagai satu hikmah. Doakan Sarah & family segera sembuh ya. Terima kasi," kata isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah pula.
Klik untuk gambar besar
Shuib dan Sarah menerusi Instagram masing-masing telah memaklumkan berita duka mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19. Dalam entri tersebut, Shuib berkata mereka sekeluarga redha menerima ujian tersebut serta mengatakan pasti ada hikmah disebalik kejadian. Shuib turut memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya terutama isteri yang kini sedang mengandung tujuh bulan anak keempat.
Sementara itu, Sarah turut memuat naik kenyataan mengenai perkara itu dia menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka serta meminta pengikutnya mendoakan mereka sekeluarga mengharungi tempoh kuarantin selama 14 hari ini.
Semalam, pasangan ini berkongsikan video mereka sekeluarga menjalani calitan Covid-19 di rumah oleh petugas kesihatan selepas pembantu rumahnya disahkan positif virus berkenaan.
________________________
No comments:
Post a Comment