09 July 2021

SHUK TAK AKAN AMBIL KESEMPATAN - ISTERI AKUI MESEJ ITU ADA LAMA & BARU, EMOSI TERGANGGU



"Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks. Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek," itulah kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar.

Kata pengacara program I Can See Your See Voice Malaysia itu, dia perlu berfikir secara rasional dan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan rumah tangganya selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memberikan keizinan berkahwin lagi.

Sebelum ini, isteri Shuk mendedahkan mengenai seorang wanita yang berterusan mengganggu rumah tangga mereka sehingga kini. Malah Rossalennah atau Sera mengizinkan suaminya itu untuk berkahwin lain namun dengan syarat supaya menerima dirinya dan juga anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar



Ditanya kenapa wanita itu mengizinkan Shuk berkahwin lain, Sera mengatakan ia bagi mengelak perkara tidak dimahukan berlaku sehingga boleh menjejaskan nama keluarga mereka.

Dalam pada itu, Rossalennah menceritakan bahawa dia bertindak memuat naik pelbagai tangkapan skrin di media sosial miliknya baru-baru ini kerana ternampak mesej di antara wanita dikenali itu dengan suaminya.

"Mesej tu ada yang baru dan lama... lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah. Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: