09 July 2021

"KONONNYA JADI HERO? PANDAI MENGHENTAM TU SAMA-SAMA BANTU" - VIDA NAFI RIAK, MENINGGI DIRI



"Alhamdulillah Trip harini untuk yang betul betul memerlukan di sekitar kawasan Ipoh Perak. Saya pun dah lupa ini trip ke brapa dah sebelum ni saya hanya hantar team saya sahaja. Rezeki Dari Allah kepada saya, saya agih-agihkan. InsyaaAllah.

"Kepada sesiapa yang mengutuk / Menghina saya. Yang kononnya berlumba lumba nak jadi hero? Hanya pandai menghentam tu harap anda pun sama sama membantu okay," ujar usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida menerusi muat naik di laman Instagram.

Sebelum ini, Vida meminta agar golongan terjejas tidak terlalu mengharapkan pada bantuan bendera putih sehingga hangat diperkatakan oleh warganet di laman media sosial.

Menurut Vida, walaupun beliau dikecam teruk oleh warganet berkaitan dengan isu bendera putih, dia meminta agar lebih ramai orang yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram, Vida terlihat sedang bergambar bersama-sama barang keperluan yang hendak dihulurkan kepada golongan yang memerlukannya.

Melalui kemas kini yang terbaharu, Vida telah memuat naik sebuah rakaman video dimana beliau sedang berkunjung ketempat tinggal salah seorang yang menerima bantuannya di pondok kecil di kawasan kandang kambing dan reban ayam.

Sementara itu, dalam entri yang lain, Vida telah menceritakan satu kisah kehidupan seorang individu yang dibantunya. Vida meluahkan rasa bangga dengan usaha yang dilakukan individu tersebut.



"TINGGAL KAWASAN KANDANG KAMBING & REBAN AYAM. Sedarkah kita disaat kita mengeluh tentang kehidupan kita yang kita ada sekarang ini, ramai yang menghadapi kesukaran yang jauh lebih berat daripada apa yang kita hadapi sekarang ini.

"Tengok Abang Man, Kerja gaji RM10 sehari. Kadang dapat RM14.. hingga RM 20.. KERJA KG.. KERJA BERAT.. Tak bergerak tak makan katanya. Ambil upah jaga Ayam, ikan, Kambing. Ini yang saya kata USAHA! Rumah takde elektrik, mandi sungai...," jelasnya.

Dalam pada itu, Vida berkata yang beliau tidak ada sedikit perasaan riak, menunjuk mahupun meninggi diri dengan apa yang dikurniakan kepadanya.



"SAYA BAGAIKAN BILLBOARD BERGERAK. Tak ada sebesar zarah pun saya nak meriak, Menunjuk, Meninggi diri dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

"Saya orang Business. Saya ada kedai emas @telagaemasdsv. ini lah cara saya nak iklankan. Saya guna diri saya sendiri tanpa perlu mengeluarkan Kos. Saya bukan pakai 24 Jam

"Rezeki yang saya dapat dari hasil jualan produk saya, saya akan salurkan kepada insan yg betul betul memerlukan. HARINI SAYA NAK BAGI BUKU RAHSIA NIAGA SAYA SECARA PERCUMA KEPADA SIAPA YG GRAB PROMO PERFUME AURA DSV!!" tulis Vida lagi.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: