21 July 2021

TETAP TERUSKAN IG LIVE - CAPRICE DIUGUT, MAHU LIBATKAN POLIS



Pendedahan Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri berhubung cerita disebalik misi bantuan pasukan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew di Gaza, telah memberi sedikit 'kekuatan' kepada penyanyi rap Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di laman Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

"Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro. - "Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

"Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir. Semoga Allah lindungi anda," tulis beberapa netizen.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian di Insta Story, Caprice dilihat memuat naik mesej permohonan maaf daripada netizen. Caprice berkata dia memaafkan mereka yang mencaci dan memaki dirinya. Ujarnya lagi, dia juga mengakui cara pendekatannya juga salah dan banyak belajar di atas apa yang berlaku baru-baru ini.

"Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap... kita terus terang maafkan semua yang caci, maki kita. Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, pejuang dan Palestin.

"Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang," katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu.



Dalam pada itu, Caprice memaklumkan dia akan meneruskan sesi Instagram Live malam ini untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di Gaza serta berharap akan terus berjalan ke depan selepas ini.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit Lew, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

"Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah. Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan," katanya.



Meskipun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat gara-gara kekecohan yang dicetuskan, Caprice khabarnya telah diugut oleh seorang individu di Instagram di mana dia akan mengecam Caprice sehingga terdetik untuk membunuh diri.

Caprice turut mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut, Caprice ada memuat naik tangkap layar kenyataan individu tersebut yang berbunyi, “Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri.

Mungkin terkejut dengan pernyataan tersebut, Caprice tampil memberi respon dan turut memberi pilihan kepada individu tersebut sama ada menggunakan cara kasar atau melibatkan pihak berkuasa. Bagaimanapun, akaun individu terbabit kemudiannya ditukar kepada tetapan peribadi setelah didedahkan oleh Caprice.

"Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah," tulisnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: