14 July 2021

ZULIN BENGANG MASIH DITUDUH KURUS SEBAB BEDAH: "ASAL ARTIS JE OPERATE!"



"Ramai kata saya buat pembedahan... asal artis je operate! Kau ingat aku kaya sangat. Sebenarnya saya bukan la gemuk sangat sampai kena bedah, cukup berdiet sahaja. Penatlah nak jawab soalan sama... dah setahun lebih berdepan soalan begini! Yang ikut kita dari awal pasti tahu macam mana saya lakukan untuk capai impian ini.

"Muka saya masih sama je, bentuk dan berat badan je beza sikit, cuma saya nak ingatkan orang berbadan besar tak semestinya tak cantik. Nak kurus ni bukan sebab nak cantik semata-mata tetapi kerana nak sihat... saya kurus bukan dalam masa dua tiga hari, ambil masa bertahun dan saya buat macam-macam jenis diet sebelum ini.

"Daripada 85 kilogram sekarang dah 57 kilogram," demikian kata pelakon dan penyanyi Zulin Aziz yang memberitahu dia masih menerima komen daripada netizen yang menuduhnya melakukan pembedahan untuk kurus.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Jadikan Aku Yang Halal' itu meluahkan rasa bengang apabila sudah setahun lebih berdepan soalan sama serta mempersoalkan mengapa jika seseorang artis itu kurus pasti akan dituduh melakukan pembedahan.

Zulin yang kini tampil semakin langsing itu menjelaskan dia kurus bukan nak cantik tetapi untuk sihat. Tambah Zulin, proses tersebut bukan sehari dua tetapi bertahun dia mengambil masa untuk kurus.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: