14 July 2021

RAI BIRTHDAY ANAK - PEMINAT NASIHAT SHUK SERTAI TABLIGH BELAJAR AGAMA



"Hepy bestday si gondeng, semoga dapat membesar menjadi anak yang solehah jadi adik yang baik aminn...," itulah tulis pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang baru-baru ini ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang meraikan sambutan hari jadi anak perempuan keduanya, Nur Assyifatu Aimi yang ke-2 tahun.

Turut bersama-sama di dalam video berkenaan ialah isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Di samping menitipkan ucapan, Shuk menerusi ruangan kapsyen mendoakan agar anaknya membesar sebagai anak yang baik.

Melihat di ruangan komen, rata-ratanya turut menzahirkan ucapan selamat hari jadi buat kanak-kanak berkenaan. Malah, ada juga yang menasihati agar warganet lain berhenti untuk memberikan kecaman berbaur komen negatif kepada pengacara rancangan 'I Can See Your Voice' itu. Ada di antaranya yang menitipkan kata semangat kepada Shuk untuk terus bahagia di samping keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Shuk be strong-abaikan netizen yg suke kecam Tu.. semoga shuk dn family dilindungi dn dirahmati" - "Shuk pegi join tabligh boleh belajar tentang ilmu agama".

"Jngn suke mhina org nnti bbalik pd diri.. tiap org pernh bt silap dan x lari dr bt silap tmasuk aku, jagalah pckapan kite sbaeknya kerana dr pcakapan kite itulah menunjukkan diri kite yg sbenar.. ehhh tpandai pulak aku komen gini," antara komen yang tulis peminat-peminatnya.

Sebelum ini, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar pernah menjadi perhatian netizen selepas didakwa bertindak curang dan melakukan hubungan sulit bersama wanita lain.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: