"Sudah lama juga saya tak aktif dalam muzik," itulah kata penyanyi Dafi yang meluahkan rasa rindu untuk kembali beraksi dalam arena muzik tanah air selepas hampir empat tahun 'berehat'.
Menurut Dafi, tempoh empat yang agak lama buat seorang penyanyi itu membuatkan rasa rindu untuk kembali beraksi. Single terakhirnya dilancarkan empat tahun lalu, Dafi berkata dia kini dalam proses untuk tampil dengan buah tangan baharu namun mencari waktu yang tepat.
"Single terakhir saya adalah Girl yang dilancarkan empat tahun lalu. Jadi, bila agak lama tak aktif, itu sedikit sebanyak membuatkan rasa bahawa saya perlu lakukan persediaan sewajarnya," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Jelas anak kepada Perdana Menteri ke-9 itu lagi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu sedikit sebanyak membantutkan niatnya untuk melancarkan lagu baharu.
"Sebenarnya, saya pun dalam proses untuk keluarkan lagu baharu, tapi disebabkan PKP dan tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya tak dapat nak keluarkan lagi buat masa sekarang.
"Disebabkan sudah lama tak keluarkan lagu, saya rasa kena buat betul-betul dan berikan komitmen 100 peratus untuk mendapatkan hasil yang terbaik," jawab Dafi yang kini melebarkan sayapnya sebagai pelakon dan terbaharu dia muncul dalam filem 'Ada Hantu'
________________________

No comments:
Post a Comment