30 August 2021

BILA ISTERI REMY ISHAK SANGGUP 'BERMADU' DENGAN KUCING



Nampaknya kisah perkahwinan pelakon Remy Ishak dan Ezza Yusof masih lagi menjadi bualan ramai. Kalau dah bergelar isteri pelakon pujaan ramai, bukan sahaja Instagram Remy, malah media sosial milik Ezza juga turut mendapat perhatian.

Baru-baru ini, Ezza telah memuat naik satu entri di Insta Story, dimana dia memberitahu sanggup 'dimadukan' oleh Remy. Tetapi rupanya 'madu' yang dimaksukan oleh Ezza adalah seekor kucing.

Ezza turut memuat naik foto seekor kucing sedang tidur lena di atas pangkuan Remy: "Ini sahaja 'madu' yang saya terima. Berebut kasih sayang," seloroh Ezza.

Entri tersebut telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan ini. Untuk makluman, Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: