17 August 2021

DAPAT PENERANGAN USTAZAH - IZARA AISHAH TAK JADI PADAM MEDIA SOSIAL



Pelakon Izara Aishah yang kini sudah memulakan langkah penghijrahan itu baru-baru ini ada bertanyakan soalan kepada seorang ustazah mengenai persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.

Jelas Izara, dia bersedia untuk memadam kesemua foto dan juga akaun media sosial miliknya jika ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.

"I find this too extreme. Tetapi kalau ada dalam Quran or tafsiran quran, I'll Inshaallah immediately stop cus social media memang dah lama izara tak pduli pon. Thank you," tulis Izara.

Bagaimanapun, setelah mendapat jawapan daripada seorang ustazah, tindakan memuat naik foto ke laman sosial tidaklah haram namun haruslah berpada-pada.

Klik untuk gambar besar



"Okay abaikan tweet ni, dah tanya ustazah. Tak haram pun lah. Just beware of evil eyes. Thanks bye," kata Izara selepas menerima penerangan daripada Ustazah perkara ini.

Terdahulu, Izara memaklumkan bahawa ada beberapa orang tampil memberitahu bahawa berkongsi foto diri sendiri di laman sosial hukumnnya adalah haram.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan terima kasih kerana berkongsikan mengenai ilmu hukum berkongsi foto diri sendiri di media sosial. Malah, peminat turut mendoakan agar Izara terus kekal istiqamah dengan penampilannya yang terbaharu itu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: