16 August 2021

ELYANA MOHON DOA, IBU POSITIF COVID-19



"Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif. Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya.

"Ya Allah yang maha berkuasa, yang maha penyembuh dan yang maha pendengar. Sembuhkanlah ibu yang sudah melahirkanku, Shamsidar Alias dari penyakit ini. Dan kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibuku dari terkena jangkitan. Serta jauhkan lah adik lelakiku, Eizad Ezmeer dari berjangkit.

"Lindungi lah kami ya Alllah, kuatkan lah kami, sesungguhnya engkaulah maha penyembuh," tulis penyanyi Elyana Emrizal, 34, yang berkongsi berita duka yang menimpa keluarganya apabila ibu tersayang, Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19.

Menerusi perkongsian hantaran di laman Instagram, Elyana turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat ibunya dari wabak berkenaan. Elyana dalam masa sama turut menitipkan doa buat bapanya agar dilindungi oleh Allah daripada terkena jangkitan virus berkenaan kerana harus menjaga isteri yang sakit.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, ramai mengetahui Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal hingga kini masih berjuang untuk bebas dari penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Baru-baru ini, Elyana ketika sesi soal jawab dalam Instagram Story mendedahkan berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kilogram (kg) berbanding sebelumnya iaitu 35 kg.

Terdahulu, sekitar bulan Jun, ibu dua anak ini berkongsi berita dia menjalani rawatan radioterapi di bahagian tertentu bagi merawat penyakit kanser dihidapinya yang difahamkan sudah merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: