16 August 2021

MILA NAFI DIBAYAR BUAT VIDEO MENANGIS PM LETAK JAWATAN



"Astaghfirullah, ada yang fitnah saya dibayar??? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja… Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya. Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?" demikian tulis penyanyi dan usahawan popular, Mila Jirin menerusi laman Instagram miliknya.

Semalam, menerusi satu perkongsian, Mila tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan.

Mila berkata sebelum ini dia tidak pernah sedih jika Perdana Menteri lain meletakkan jawatan, namun kali ini berbeza apatah lagi kerajaan banyak membantu usahawan sepertinya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, perkongsian video bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen yang menduduhnya dibayar untuk bertindak sedemikian.

Mila bagaimanapun tampil menafikan tuduhan tersebut dan berkata video berkenaan adalah untuk mengucapkan terima kasih dengan bantuan diberikan pihak kerjaan serta meluahkan rasa sedih.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong sudah menerima surat perletakan jawatan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Seri Paduka Baginda perkenan melantik Muhyiddin sebagai "Caretaker" Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: