"Kenapa pula saya tak layak? Apa kurangnya saya? Saya hanya memohon saja, mana tahu permohonan saya diluluskan," itulah kata usahawan kosmetik Aliff Syukri apabila ada pihak mempertikaikan kemampuannya menjadi Perdana Menteri (PM) ke-9, bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Aliff bersungguh-sungguh mengatakan dia adalah individu yang layak memikul tanggungjawab tersebut berbanding calon-calon lain dalam kalangan ahli politik serta mempersoalkan apa kurang tentang dirinya.
"Kalau diberi peluang InsyaAllah saya akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana saya yakin saya adalah calon yang paling sesuai," katanya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Aliff memuat naik foto borang permohonan jawatan Perdana Menteri ke-9, disaat rakyat Malaysia berteka-teki siapakah pemimpin yang bakal dilantik.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu, Aliff turut mengatakan jika ada rezeki tidak kemana serta meminta orang ramai mendoakannya: "Kalau ada rezeki tak ke mana, doakan semuanya dipermudahkan," tulis Aliff yang terkenal dengan pelbagai gimik kontroversi ini.
Rata-rata netizen terhibur dengan cita-citanya itu namun ada yang berpandangan dia tidak mampu mentadbir negara: "Nak urus satu Malaysia dengan perangai MP (Ahli Parlimen) memang Datuk tak terdaya. - "Haha... dia jadi PM, Sajat jadi TPM!" antara komen-komen netizen.
Entri tersebut turut mendapat reaksi ibunya, Bonda Rozita yang terhibur serta mengatakan anaknya itu seolah cari pasal dan memuat naik perkongsian yang boleh mengundang kecaman: "Bongok la Kri (Syukri) cara fasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak," kata ibu usahawan tersebut di ruangan komen.
________________________
No comments:
Post a Comment