17 August 2021

WALAUPUN SEDIH MARUAH IBU DIHINA - CHE TA SEDIA MAAFKAN AZWAN ALI



"Saya rasa bukan saya je yang tak faham (maksud Azwan). Tapi siapa yang baca, orang akan faham (apa yang ditulis Azwan). Dia sebut ayat kurang sopan kepada mak saya. Saya rasa itu yang buat saya triggered apabila dia sebut fasal mak hang tu. Mak saya.

"Selama ni dia maki (kutuk) baju anak saya. Itu tak apa la saya tak kisah. Tapi this is too much. Kenapa kita nak kena ada musuh? Semua tahu sekarang dah akhir zaman. Kenapa nak buat musuh.

"Pada saya kalau tidak boleh berbaik tak apa tapi jangan ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun," ujar pelakon dan usahawan Rozita Che Wan.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, biarpun tidak boleh berbaik namun dia tidak mahu bermusuhan dengan rakan selebriti dalam industri hiburan.

Kata-kata kesat yang dilemparkan pengacara sensasi Azwan Ali berhubung cara pemakaian Che Ta ketika hadir menerima vaksin Covid-19 baru-baru ini menyebabkan aktres itu berang dan tercabar. Menurut Che Ta, 49, lebih menyebabkan dia hilang sabar apabila hinaan yang dilemparkan Azwan turut menyentuh soal ibunya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Azwan mengeluarkan kenyataan dimana dia mendakwa Che Ta tidak faham tentang kata-kata kesat yang ditulis ketika dia berkongsi foto pelakon itu. Ujar Azwan golongan artis tidak seharusnya melenting sebaliknya perlu terbuka menerima tegurannya.

Akibat tindakan Azwan itu, kedua-dua mereka kini terlibat dalam proses undang-undang selepas pengacara berusia 55 tahun berkenaan membuat laporan polis terhadap Rozita.

Susulan itu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa ditemani suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin dan pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab.

Ketiga-tiga mereka diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Azwan Ali pada 13 Ogos lalu.

Sementara itu Che Ta berkata dia tidak bercadang untuk membuat laporan polis balas atau mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan berikutan enggan memanjangkan perselisihan itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: