18 August 2021

BAKAL TIMANG ANAK KELIMA - JAMAL ABDILLAH TERINGIN ANAK PEREMPUAN LAGI



Bakal menimang cahaya mata kelima... demikianlah berita gembira yang dikongsikan penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah apabila isterinya, Datin Zai Izzati, 26, kini hamil 12 minggu.

Jamal meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi diberikan rezeki untuk menambah zuriat pada usia 62 tahun. Ia merupakan cahaya mata ketiga Jamal hasil perkongsian hidup bersama Izzati.

"Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. Kalau boleh, saya nak anak perempuan lagi kerana dah ada tiga anak lelaki sebelum ini," katanya kepada Wafa TV.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Izzati turut meluahkan kegembiraan sama apabila hamil lagi selepas melahirkan cahaya mata keduanya, El Issac Yamani pada 11 November, tahun lalu: "Alhamdulillah saya kini hamil 12 minggu. Lepas ini bertambah lagilah kerja," ujarnya sambil tersenyum.

Untuk makluman, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain El Issac, pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata yang diberi nama Nur Azura Yamani, 1.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: