18 August 2021

SAKIT MASIH TAK HILANG - EINA AZMAN JALANI PEMBEDAHAN LEHER



"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selepas lebih enam jam, akhirnya saya bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej bertanyakan kenapa saya tidak berkongsi apa-apa berita. Ramai yang ingin tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat.

"Sakit saya masih tidak hilang. Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab biopsy yang saya buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak.

"Harap-harap selepas pembedahan ini sakit saya akan hilang. Doakan saya," tulis pelakon Datin Paduka Eina Azman menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Agak lama tanpa perkhabaran, perkongsian Eina itu mengejutkan ramai apabila mendedahkan situasi kesihatannya yang baru sahaja tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan, siang tadi.

Klik untuk gambar besar



Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, dia mendedahkan bahawa sebelum ini dirinya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016.

Untuk makluman, pembedahan biopsy merupakan satu prosedur pembedahan dengan mengampil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Difahamkan, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu telah melakukan pembedahan tersebut di Hospital Gleaneagle, Kuala Lumpur.



Meninjau dalam ruangan komen, ramai rakan dalam kalangan selebriti antaranya Farahdhiya, Ramona Zam Zam, Adira dan Faezah Elai turut meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26.

Terdahulu, pada Mei lalu, Eina dan suaminya pernah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila didakwa ‘potong Q’ untuk mendapatkan suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: