18 August 2021

HIKMAH PANDEMIK - SITI ELIZAD MULA HAFAL AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN



"KEMANISAN" musim pandemic, saya cuba hafal beberapa surah. Terinspirasikan sahabat2 yg berkongsi video bacaan mereka di media sosial. Jadi hari ni saya cuba dgn Al Waqiah. Ada 96 ayat. Maaf byk LUPA, banyak KESALAHAN LAGI & tajwid, tak merdu (husband kata banyak main).

"InshaAllah slowly cuba hafal lagi. Apa pun saya terbuka dgn semua teguran. Makasih ustaz Khairullah & Ustaz Hadi @kelas_mengaji_one_to_one yg banyak membimbing saya yg jahil ini.

"P/s : Pada yg rasa x suka & x berminat tgk posting2 saya, boleh je HIDE. Tiada paksaan suruh LIKE. Seikhlas hati nak berkongsi. Jazakallahu Khayran," tulis pelakon Siti Elizad yang mengambil peluang dengan menghafal surah ayat-ayat suci Al-Quran.

Elizad yang sebelum ini mula berhijrah dengan berhijab mula mengorak langkah seterusnya dalam mencapai kemanisan iman apabila dia mula menghafal ayat suci Al-Quran pula.

Klik untuk gambar besar



Ujar Elizad, dia terpanggil untuk mula menghafal beberapa surah dalam Al-Quran selepas terinspirasi daripada beberapa sahabatnya yang berkongsi video hafazan mereka di media sosial.

Tidak mahu ketinggalan dan mengambil hikmah disebalik pandemik Covid-19 yang melanda negara, Elizad turut berkongsikan video menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia mengalunkan bacaan surah Al-Waqiah yang dihafalnya sambil dipantau oleh suami kesayangan.

Dalam pada itu, Elizad berkata dia terbuka menerima teguran serta mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairullah dan Ustaz Hadi kerana banyak memberi bimbingan dalam aktivii bacaan Al-Quran yang dilakukan secara dalam talian.

Kata penyampai radio Sinar FM itu lagi, dia turut berpesan jika ada pihak yang kurang senang dengan perkongsiannya agar hide sahaja entri tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: