18 August 2021

ISU SAMAN FITNAH, INI ULAS PEGUAM AZWAN ALI: "2 TAHUN PENJARA ATAU DENDA"



"Barangsiapa yang menuturkan, menerbitkan kata-kata tohmahan dan fitnah, hukumannya di bawah Seksyen 500 akta yang sama kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman dua tahun penjara dan denda atau kedua-duanya sekali," kata peguam yang dilantik oleh pengacara sensasi Azwan Ali iaitu Azfar dari Firma guaman Shaharudinali Azfarazmi & Co.

Baru-baru ini, kontroversi yang sedang berlaku diantara Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA dan pelakon Rozita Che Wan semakin hari, semakin panas sehingga ia telah melibatkan kes polis.

Peguam Diva AA telah membuat penerangan secara ringkas mengenai konflik yang tercetus diantara pengacara dan pelakon ini. Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh Diva AA di laman Instagram semalam, peguam Azfar menasihati orang ramai agar menjaga tutur kata dan pernyataan yang boleh mengundang fitnah.

Dalam masa sama, ketika dihubungi oleh pihak media, peguam Azfar berkata beliau tidak boleh mengulas secara lanjut mengenai kes ini kerana bimbang akan mengganggu siasatan PDRM. Pengacara terkenal itu turut berharap agar pihak berkuasa dapat membuat keputusan yang terbaik agar dia mendapat keadilan yang sewajarnya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: