30 August 2021

INTAN LADYANA KINI BERBADAN DUA?



Pelakon Intan Ladyana baru-baru ini telah didakwa netizen kini sedang berbadan dua selepas muncul sebuah video dan beberapa keping foto yang memperlihatkan jelas kelihatan bentuk 'baby bump' pada bahagian perut isteri kepada pelakon dan penyanyi muda, Harris Alif.

Dalam video berkenaan, Intan yang mengenakan baju berwarna merah, jelas kelihatan bahagian perutnya sedikit buncit. Difahamkan, gambar berkenaan diambil sekitar Mei lalu.

Malah, baru-baru ini, Intan ada memuat naik video memaparkan dirinya dilihat menutup bahagian perutnya dengan bantal seolah menyembunyikan sesuatu.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada Intan atau Harris sendiri. Apa pun sama-sama kita nantikan. Untuk makluman, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: