03 August 2021

LUAHAN HATI SEORANG 'KEKASIH GELAP'



Meskipun sering menjadi hinaan segelintir netizen yang mendakwanya gatal, penghancur rumah tangga, perampas dan sebagainya, namun wanita yang digelar sebagai 'kekasih gelap' seorang pelawak ini tetap tabah hadapi cabaran.

Melalui Instagramnya, dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya meskipun sering menjadi mangsa kecaman ramai. Jom baca apa yang didakwanya sebagai 'duri dalam daging' yang sering mengganggu hidupnya itu hingga berpuluh panggilan 'pelawak' itu tidak dijawabnya.

"Aku nak happy macam orang lain normal life. Kau kata sabar kejap je. Dalam masa sama aku masih jadi mangsa aku dipaksa tutup mulut, aku diugut untuk diam diri. Phone aku dirampas, di delete semua text.

"Lepas tu si isteri post lagi macam macam sedangkan si suami fitnah aku sebab nak selamatkan diri sendiri. Aku dah cakap banyak kali aku minta maaf aku tak nak dah tak bole hadap benda ni. Aku tak nak.

"Maruah aku memang hancur habis dah sebab mulut keluarga kau. Hina aku selama ni. Sudahla. Ni bukan meroyan. Tapi sebab pengkhianatan. Kau tau apa kau dah buat?

"Kau tau apa kau dah cakap. Even isteri kau tak tau apa apa kejadian sebenar. Stoplah gunakan aku, burukkan aku untuk jaga nama kau," demikian luahannya yang baru-baru ini memuat naik video lelaki separuh bogel mirip pelawak itu.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fara Salleh, dia mengakui sudah penat dipersalahkan kerana didakwa mengganggu rumah tangga orang.

Dakwanya lagi, dia pernah cuba jauhkan diri tetapi pelawak itu datang kembali dan mengajaknya untuk berkahwin. Malah, pelawak itu juga pernah berjanji untuk berjumpa bapanya untuk berkahwin.

Tambah wanita itu lagi melalui IGnya, selama ini pelawak itulah yang menfitnahnya untuk menyelamatkan dirinya. Malah dia pernah berkata tidak mampu lagi hadapi situasi tersebut dan mahu kehidupan normal seperti orang lain.

"Saya bersumpah saya tidak akan menghalalkan atau memaafkan segala penghinaan, hutang dan fitnah keluarganya terhadap saya.

"Semoga Allah membalas segalanya perbuatan kau selama ni pada anak anak kau. Lillahitaala. Mungkin kau bole menipu netizen dengan burukkan aku. Sebab kau artis. Tapi kau takkan dapat tutup kat mata Tuhan. Makilah sepuas kamu, hinalah," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui status terkininya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: