02 August 2021

"APA GUNA SOLAT TAPI TAYANG BODY?" - INI RESPON BALAS BABY SHIMA



"Semalam ada muat naik satu video di TikTok, lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, 'apa guna solat tapi tayang body?' Seakan-akan kau seorang saja yang boleh solat, seakan-akan kau seorang saja yang boleh tentukan sah atau tidak sah solat.

"Disebabkan kau seorang yang berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following tu banyak perempuan-perempuan seksi. Bukankah itu namanya munafik?

"Kalau nak tegur biarlah bertempat dan cermin diri dahulu. Cukuplah kau adili orang. Kau hanya tengok daripada luaran saja. Tapi kau tak tahu niat seseorang tu.

Klik untuk gambar besar



"Kau takkan tahu, cuma Allah saja tahu," kata penyanyi Baby Shima dalam satu hantaran video di laman Instagramnya dimana dia menempelak tindakan seorang individu yang sewenang-sewangnya mempersoalkan ibadah solat hanya kerana imejnya yang tidak menutup aurat.

Shima berkata, tidak wajar untuk seseorang menghakimi individu lain terutama perihal ibadah dan keimanannya. Menurut Shima, dia mengingatkan individu itu supaya tidak menghakimi orang hanya pada luaran semata-mata.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: