21 August 2021

"MAKA BERMULALAH PERJALANAN BAHARU..." - REMY ISHAK KINI SUAMI EZZA YUSOF



Impian pelakon Remy Ishak dan kekasih hatinya, Ezza Yusof untuk disatukan akhirnya menjadi kenyataan apabila pasangan ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 1 petang, Sabtu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandung iaitu Rozman Yusof. Pada majlis itu, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Usai selamat disatukan itu, pelakon drama 'Pujaan Hati Kanda' ini berkata dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar



Remy turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan meminta orang ramai terus mendoakan kesejahteraan ikatan perkahwinan mereka.

"Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua," katanya.

Pada Khamis lalu, Remy mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis pilihan hati yang juga bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof. Remy dan Ezza atau Roszaliza Yusof pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: