01 August 2021

POSITIF COVID-19 & DEMAM DENGGI - RHYS WILLIAM MOHON MAAF, DOA



Personaliti media sosial yang fasih berbahasa melayu, Rhys William memaklumkan dia telah disahkan positif COVID-19 dan memohon wargamaya untuk mendoakan kesihatan dirinya.

Lebih memilukan, Rhys yang kini positif COVID-19 kategori tiga itu turut menghidap demam denggi. Malah, seluruh ahli keluarga termasuk isteri dan anaknya turut disahkan positif COVID-19.

Menurut Rhys atau nama penuhnya Rhys William James, simptom yang dihidapinya agak teruk memandangkan dia berdepan dengan penyakit pneumonia ataupun radang paru-paru.

"Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif Covid. Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.

Klik untuk gambar besar



"Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (covid category 3) - atas nasihat doktor, saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali.

"Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal. Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya. Covid is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua," tulis Rhys di laman Instagram miliknya.

Pemuda asal United Kingdom itu turut berkongsi sekeping foto dirinya yang kini berada di hospital. Sementara itu, di ruangan komen, bintang Youtube itu turut mendapat kata-kata semangat dan sokongan daripada rakan-rakan selebriti serta wargamaya.



"Take care and get well sonn brother," komen penyanyi Fakhrul UNIC. - "Oh dear, get well soon Rhys. You will get thru this ya," ucap pengacara Yasmin Hani. - "Kuatkan semangat Rhys. Pasti sembuh. Lawan dan bangkit," kata seorang wargamaya.

"Semoga Allah beri kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Rhys sekeluarga," doa seorang wargamaya. - "Be strong Rhys. Semoga awak dan keluarga sembuh seperti sedia kala, amin," tulis seorang wargamaya. - "Get well soon, my prayers for you dari jauh. Stay strong," ujar seorang wargamaya lagi.

Untuk makluman, Rhys mula dikenali menerusi blog 'Mat Saleh Cari Makan' dan menjadi tular kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Melayu. Rhys jatuh cinta pandang pertama dengan Malaysia ketika bercuti di Kuala Lumpur pada tahun 2012.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: