01 August 2021

POSITIF COVID-19, PERLU BANTUAN PERNAFASAN - FAZLI ZAINAL KINI BERANSUR PULIH



"Selepas ujian calitan semalam, hari ini saya dimaklumkan positif Covid-19," demikian kata penyanyi Fazli Zainal yang disahkan positif Covid-19 dan dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badan menurun kepada 75 peratus, hari ini.

Disebabkan itu, Fazli berkata, dia kini sedang menerima bantuan pernafasan. Berita mengenai situasi yang dialami Fazli dikongsikan penyanyi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Facebook.

"Mohon doa kalian buat sahabat, Fazli Zainal. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan," tulis Sharifah.

Terkini, Fazli memberitahu keadaan kesihatannya pada ketika ini diakuinya semakin pulih. Fazli dihubungi berkata, sudah ada perubahan terhadap keadaan kesihatannya terutama pernafasan berbanding sebelum ini.

"Doktor sekarang masih memantau perkembangan kesihatan saya setiap empat jam dan saya dijangka akan sembuh sepenuhnya sekitar lima hari lagi. Namun, kadar insulin pula turun naik. Saya juga tak pasti positif Covid-19 tahap tiga atau empat kerana saya ada menghidap penyakit lain," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi yang popular dengan lagu 'Harapan' ini sangat berterima kasih kepada rakan artis, kenalan dan peminat yang mendoakan kesihatannya dan tidak putus bertanya khabar.

"Saya terharu kerana ramai sangat yang ambil berat. Namun saya minta maaf kerana tak terlarat nak balas dan menjawab mesej seerta komen mereka di media sosial.

"Memang terkejut saya dibuatnya, apabila saya balas satu komen dan datang pula soalan lain. Saya ketika ini kena banyak berehat," ujarnya lagi.

Ditanya aktiviti terbaharubya, Fazli berkata dia melakukan kerja sambilan sebagai pemandu Lalamove sejak Disember, tahun lalu sehingga Ramadan lalu: "Selepas buat penghantaran, saya balik ke rumah dan main Bigo Live pula," katanya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: