19 August 2021

RAMAI ARTIS MULA BERHIJRAH - PEMINAT DOAKAN EMMA KEMBALI BERTUDUNG



Sejak kebelakangan ini, pasti akan ada berita tentang artis-artis wanita tanah air kita yang mula berhijrah. Ada yang menjadikan 1 Muharam sebagai titik perubahan, tidak kurang juga yang menjadikan kisah pemergian Siti Sarah sebagai inspirasi untuk berubah.

Antara artis-artis wanita yang sudah mula bertudung ialah Izara Aishah, Siti Elizad, Nana Mahazan, Aprena Manrose dan ramai lagi. Memang sejuk mata melihat penampilan terbaharu mereka.

Ketika ramai memuji artis-artis wanita berkenaan, Emma Maembong juga turut terkena tempias yang sama. Dalam satu perkongsian InstaStory, ada netizen yang mendoakan supaya hati Emma terbuka untuk kembali bertudung semula.

"Semoga Kak Emma terbuka hati untuk berhijab kembali. Sayang awak," tulis netizen berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Tidak melenting mahupun mengiyakan, Emma menjawab dengan baik doa daripada seorang peminatnya.

"Amin, terima kasih. Sayang awak juga," ujar Emma juga turut memuat naik foto lamanya yang manis berhijab menerusi laman Instagram miliknya.

Apa pun, kita doakan semoga Emma terbuka hati untuk kembali bertudung seperti dulu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: