29 August 2021

SEBELUM FIKIR KAHWIN, PASTIKAN MAMPU LAHIRKAN ZURIAT ATAU TIDAK - VIDA



"Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak. Jadi, saya akan buat 'check up' (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak.

"Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan 'zuriat', nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur," itulah kata ushawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang memaklumkan sebelum dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga kali ketiga, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai gosip cinta antara Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal menjadi perhatian ramai, namun Vida menafikan dakwaan tersebut.

Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dia dan Vida dan usahawan hampir berkahwin pada 2018 dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya. Iqbal mengatakan dia dan Vida sudah bertemu kedua belah keluarga dan sudah pun membuat ujian kesuburan namun impian untuk berumah tangga tidak kesampaian.

Klik untuk gambar besar



Jelas Vida lagi, dia tidak mahu mendirikan rumah tangga lagi sekiranya tidak mampu melahirkan zuriat apatah lagi usianya sudah semakin lanjut. Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya. Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

"Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)," ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu 'I Am Me' itu menafikan sambil meninggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: "Tak kot (tertawa)".


Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan. Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumah Vida di Ipoh pada 2013.

Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercerai pada 7 April 2017.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: