27 August 2021

SEJAK BAPA JADI PM, RAMAI DEKATI DAFI & BERGURAU MENGAKU SAUDARA



"Saya harap bapa akan menjalankan tugasnya dengan baik, buat apa yang betul dan gunakan segala pengalamannya sepanjang bekerja dalam politik.

"Semasa berita nama bapa saya disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri, saya ada terfikir juga beberapa perkara, tapi saya tak risau sangat. Saya bersyukur sebab saya bekerja dalam bidang hiburan pun, ada tanggungjawab sosial yang perlu saya jaga.

"Jadi, saya tak perlu tukar apa-apa pun. Saya akan teruskan jadi diri saya dan kalau boleh, ke arah yang lebih baik. Ibu bapa saya pun sudah beri didikan secukupnya kepada saya," demikian kata Dafi AF, pada media baru-baru ini.

Namun apa yang kelakar, sejak bapanya menjadi PM, ada pihak yang tiba-tiba mengaku adik beradik atau saudara maranya gara-gara PM mengelarkan rakyat sebagai 'keluarga Malaysia'.

"Abang dafi... cube abang tanye papa... papa nak durian tak??? kalau nak adik bawak kan....tapi abang suruh papa bayar kat adik ye," seloroh netizen bernama Rezza di media sosial mengusik penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar



"Dafi, kan kita memang sedara dari sebelom ni lagi?? Kenapa nak heboh kat sini. Segan la nanti orang tau kita sedara. Nanti jumpe kat port biasa eh. Ni sedara je tau port mana," usik yang lain pula.

"Saya pernah tolong dafi dahulu.. masa nak masuk af musim ke 2... harap-harap die tak lupa saya," ujar Ramos menulis di ruangan komen bersungguh.

Tak apalah Dafi, kan kita 'keluarga Malaysia'? Jadi terimalah dengan hati terbuka semua komen dan gurauan sebagai asam garam kehidupan. Adik beradik pun adik beradik lah... ha



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: