27 August 2021

SAMAKAN DENGAN 'LEMBU' - PU SYED MINTA POLIS SIASAT, INI RESPON SUHAIMI SAAD



"Fakta... tak semua orang yg ambik vaksin tu lembu tapi lembu memang sinonim dgn vaksin. Yang belum ambik vaksin pun ada je yg macam lembu tapi bukan aku. Yang benar, presiden bumi datar," itulah tulis Suhaimi Saad yang tampil menjelaskan mengenai kenyataannya yang mengatakan hanya orang bodoh sahaja akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.

Baru-baru ini, Suhaimi atau lebih mesra disapa SS, meluahkan rasa hormat kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. Menerusi satu entri di laman Instagram, Suhaimi turut mengatakan hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mematuhi peraturan pelu menerima vaksin.

Kenyataan Suhaimi itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed yang meminta pihak berkuasa 'menziarahi' bekas penyanyi kumpulan nasyid Inteam itu kerana dianggap keterlaluan.

Klik untuk gambar besar



Kata PU Syed, jika enggan divaksin, tidak perlu melabel penerima vaksin sebagai 'lembu'. PU Syed turut meminta Suhaimi segera mendapatkan rawatan.

"Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan. Jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin..hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian tu," tulisnya.

Sebelum ini, Suhaimi ada memuat naik perkongsian mengenai Tuanku Mahkota Johor (TMJ) mahu bertemu dengan 779 guru berkenaan. Suhaimi turut mempersoalkan mengapa guru-guru berkenaan menolak vaksin.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: