10 August 2021

SHUIB KONGSI SIKAP MANJA ARWAH ISTERI



"Allahukabar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu. Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakbar,” katanya.

"Alhamdulillah 11 tahun dia pinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKP tu 3 bulan kami bersama, lakukan semua aktiviti semua bersama-sama, Allahuakbar. Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix," demikian kongsi pelawak Shuib Sepahtu.

Shuib berkongsikan selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan merupakan kenangan manis buat dirinya kerana diberi kesempatan berkasih sayang dengan Allahyarham Siti Sarah. Menurut Shuib, perkara paling dikenang adalah sikap manja arwah isterinya dimana dia memandikan Sarah setiap hari apatah lagi arwah sedang hamil ketika itu.

Kata Shuib lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana sepanjang tiga bulan itu mereka banyak melakukan aktiviti bersama dan sangat bahagia. Berkongsikan perkara itu ketika sesi bacaan Yasin melalui aplikasi Zoom, Shuib berkongsikan selain memandikan isterinya dia turut menjadi tukang urut bidadarinya itu.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: