09 August 2021

TERKINI - SITI SARAH MENINGGAL DUNIA



"5.13 Minit pagi 9 Ogos 2021 Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah SITI SARAH RAISSUDDIN," demikian tulis pelawak Shuib Sepahtu sebentar tadi yang memaklumkan isterinya, penyanyi Siti Sarah telah dijemput Ilahi pukul 5.13 pagi hari ini.

Berita duka tersebut dikongsikan oleh Shuib menerusi laman Instagram miliknya. Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perkara berkenaan turut dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu 'Kesetiaan' itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu, Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: