09 August 2021

TERTANYA APAKAH KEBAIKAN ARWAH ISTERI - SHUIB CEMBURU DENGAN PEMERGIANNYA



"Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari pelusuk seluruh negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

"Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri. Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan diri arwah. Saya tertanya-tanya apakah kebaikan arwah yang saya sendiri tidak tahu.

"Benar, saya mencemburui pemergiannya," tutur pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, yang masih tertanya-tanya apakah kebaikan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, hingga terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak menitipkan doa buatnya.

Biarpun pada akhirnya Allahyarham Siti Sarah 'tutup mata' selepas lebih 48 jam ditidurkan dan berada dalam keadaan koma ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, namun Shuib reda.

Klik untuk gambar besar



Bekas penyampai radio itu mengakui, pemergian arwah isterinya diratapi dan dicemburui ramai. Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia sudah reda seandainya arwah isterinya dijemput Ilahi sejak berada dalam keadaan kritikal pada Jumaat lalu.

"Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal pada Jumaat penghulu hari kerana mahu mendapat 'husnul khatimah' dan lepas seksaan kubur.

"Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu. Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: