"InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni, anak-anak semua mendoakan dia.
"Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ini," demikian doa Shuib, suami kepada Siti Sarah yang kini kritikal selepas melahirkan bayi semalam.
Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman istimewa dalam hidupnya yang telah mengubah dirinya.
"10 tahun kenal Sarah, dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan. Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya agar dipermudahkan perjalanannya," ujarnya dipetik sebagai berkata sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah malam semalam.
Klik untuk gambar besar
"Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila," tambahnya.
Dalam pada itu, Shuib turut memohon kepada semua orang untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti hati mereka sebelum ini.
Untuk info, majlis bacaan Yassin itu turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.
________________________
No comments:
Post a Comment