27 August 2021

WAJAH KEBUDAKAN, MESKIPUN BERGELAR IBU - ERYNNE AKUI SUSAH DAPAT WATAK DEWASA



Pelakon Erynne Erynna yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga ketika usia muda dan dikurniakan cahaya mata perempuan itu mengakui sehingga kini masih ramai yang belum mengetahui status dirinya ini.

Bahagia melalui alam perkahwinan, Erynne atau nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah, 24, berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang melalui alam perkahwinan.

"Umur 21 tahun saya bertemu jodoh dan berkahwin, sejujurnya kahwin muda ni bukanlah mudah sebab banyak benda saya kena belajar dan perlu bersiap sedia. Selepas berkahwin, tak lama kemudian jadi ibu pula. Sekarang barulah saya faham... bukan mudah melahirkan dan membesarkan anak.

"Ini merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar. Sekarang ini saya lebih menghargai pengorbanan ibu semasa membesarkan saya dahulu... Alhamdulillah saya seronok dan bahagia melalui fasa kehidupan ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah berusia setahun.

Bercakap mengenai karier lakonan, Erynne berkata dia akan meneruskan kerjaya dalam bidang ini meskipun dirinya sudah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu.

"Bidang lakonan sudah sebati dan menjadi jiwa saya. Sejujurnya, kalau orang tanya berapa lama saya akan jadi pelakon... jawapan saya sehingga mati. Jika diizinkan Allah, masih ada rezeki dalam bidang ini dan selagi orang nampak bakat saya, semestinya saya akan terus berada di sini.

"Walaupun dah jadi ibu ni saya akui susah nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang. Tapi kalau diberi watak sebegitu saya okay sahaja, cuma macam mana saya nak nampak matured tu... mungkin saya kena tukar imej, mekap atau cara pemakaian nanti," ujarnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: