Rutin harian pelawak Shuib Sepahtu kini berubah apatah lagi perlu menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat cahaya mata. Dek kerana itu, Shuib memberitahu dia mahu berehat seketika daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan.
"Sekarang, semuanya berubah termasuklah jadual harian saya termasuklah selepas Ayash Affan pulang ke rumah dan dia memerlukan penjagaan rapi memandangkan masih dalam tempoh pramatang. Berehat yang saya maksudnya bukannya berhenti tetapi tidak terlibat dengan sebarang program buat sementara waktu," katanya.
Dalam pada itu, Shuib sempat berseloroh akui pelik apabila dirinya kini bergelar bapa tunggal. Ujarnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada anak-anak terlebih dahulu.
Klik untuk gambar besar
"Pelik pula dengan gelaran tersebut tetapi inilah yang saya jalani. Penggantungan anak-anak sekarang sudah beralih 100 peratus kepada saya sejak ibu mereka meninggal dunia.
"Jadi, untuk laksanakan semua ini, ada baiknya saya fokus dulu dengan keadaan di rumah bagi memastikan kehidupan dan pelajaran anak-anak terjaga," ujarnya.
Shuib kini menjaga empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash selepas pemergiaan isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment