07 September 2021

BILA ERRA PUJI AWIE YANG KINI BERAMBUT PENDEK



"Cenggini (disertakan emoji tanda bagus)," itulah tulis pelakon dan penyanyi Erra Fazira di ruangan komen yang memuji gaya terbaru penyanyi dan pelakon Datuk Awie yang kini berambut pendek.

Komen Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek itu di hantaran terbaharu Awie, ternyata membuatkan peminat teruja malah ada yang kembali 'throwback' zaman percintaan dua figura ini sekitar tahun 90-an dulu.

Ada juga peminat yang berseloroh dan berjenaka apabila meninggalkan pertanyaan mengenai perasaan Wati (watak Erra dalam filem 'Sembilu') selepas melihat perubahan Awie berambut peminat.

Malah ada juga yang berani 'menjodohkan' Awie dengan Erra memandangkan masih terdapat 3 kuota kosong untuk bergelar isteri.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, keakraban kedua selebriti ini memang tidak dinafikan lagi dan mereka berdua juga mengakui hubungan yang terjalin hanyalah tidak lebih daripada seorang sahabat baik.

Terdahulu, Awie menerusi sebuah laporan media memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk memotong rambut berikutan perasaan kecewa dengan situasi pandemik yang melanda negara pada ketika ini.

Dia juga memaklumkan bahawa baru sahaja pulih daripada sakit setelah sekian lama terlantar di rumah dan menyebabkan rambutnya mula gugur dengan banyak.

Untuk makluman, Erra pernah menjalin hubungan cinta dengan Awie setelah bergandingan bersama dalam filem 'Sembilu'. Keduanya turut melansungkan pertunangan pada 1996 namun putus dua tahun kemudian.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: