07 September 2021

"SEMOGA KANDUNGAN ANAK SOLEH, SOLEHAH" - DOA EBIT SAHKAN INTAN HAMIL



Sebelum ini, timbul spekulasi pelakon Intan Ladyana kini sedang hamil apabila 'baby bump' jelas kelihatan selepas muncul sebuah video dan beberapa keping foto yang memperlihatkan bahagian perut isteri kepada pelakon dan penyanyi muda, Harris Alif.

Namun terkini, menerusi muat naik di laman Instagrm Harrsi, dia berkongsi video dia meminta satu permintaan dari Ebit Lew untuk mendoakan kesejahteraan isterinya.

"Semoga Harris dan Intan Allah sentiasa beri bahagia sampai bila-bila, mati pun dipisahkan sampai ke syurga Firdaus. Mudah-mudahan selamat In Shaa Allah kandungan anak yang soleh dan solehah," demikinlah doa Ebit Lew.

Doa yang dititipkan Ebit Lew baru-baru ini ibarat mengiyakan tentang kehamilan Intan. Ini kerana, dalam pada mendoakan semoga hubungan suami isteri tersebut kekal hingga ke Jannah, Ebit Lew turut mendoakan untuk kandungan Intan ketika ini. Pelakon drama 'Adnan Sempit' itu turut meninggal komen dengan berkata Amin dalam hantaran yang sama.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: