07 September 2021

KERJA DARI RUMAH - NABILA HUDA SANGGUP KELUAR DUIT BELI 'TELEPROMPTER'



Pelakon Nabila Huda nampaknya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri bagi membeli peralatan seperti di studio, demi menjalankan tanggungjawab sebagai pengacara dengan baik walaupun bekerja dari rumah.

Nabila yang juga pengacara program hiburan Melodi ini berkata, dia tidak berkira untuk berbelanja lebih asalkan dapat memberi keselesaan kepadanya ketika bekerja.

"Sekarang masih lagi hosting secara virtual. Belum boleh masuk studio. Saya beli sendiri kelengkapan ni... tak ada siapa suruh beli pun. Ini dipanggil effort yang kena ada pada setiap bintang. Buat benda bersungguh-sungguh. Apa pun kerja, sejak dulu saya memang akan go all out. Saya mahukan yang terbaik," katanya.

Pada Isnin, pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi, 37, ini memberitahu dia baharu sahaja membeli sebuah teleprompter iaitu alat bantu baca bagi memudahkannya mengendalikan program hiburan itu secara visual dari rumah. Menurut Nabila, peralatan itu memberi keyakinan dan menjadikannya lebih kreatif dalam bidang pengacaraan yang baharu diceburinya itu.

Klik untuk gambar besar



"Pada saya, walaupun virtual saya kena nampak presentable dan saya perlu fikir lebih kreatif macam mana nak bergerak ke sana sini. Energy level kena hype... saya tak mahu duduk dan nampak awkward. Saya pun rasa tak selesa.

"Saya pejam mata je beli semua peralatan ini. Saya percaya kalau saya berhabisan untuk hasil yang baik mesti rezeki lain akan datang. Sekarang saya dah ada prompter, saya dah boleh buka production sendiri," ujarnya berseloroh.

Sementara itu bercerita lanjut tentang program berkenaan, Nabila yang baru sebulan mengendalikannya mengakui semakin selesa dan mendapat rentak tersendiri.



Tambahnya, penerimaan penonton dan netizen juga serba sedikit membantu memperbaiki dirinya dalam bidang pengacaraan: "I'm still learning tapi dah semakin sesuai dan faham rentak. Saya kenal setiap story yang saya sampaikan dan ada artis yang memang rapat.

"Mereka pun kenal saya, mereka tahu saya tak cakap merepek atau menyinggung perasaan sesiapa. Saya juga bersyukur respons positif daripada penonton. Yang penting mereka enjoy setiap minggu," ujarnya.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut memuji kesungguhan Nabila dalam memberikan yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukannya. Malah ada juga yang bergurau menyatakan rasa kasihan kepada anaknya, Keisha Laila, 11, kerana hilang kerja selepas Nabila menggunakan teleprompter.

"Sangat senang, tak perlu Keisha jadi manual prompter. Risau Keisha tiada job lepas ni". - "Salute sangat-sangat dengan effort artis macam ni". - "Fuhh... dah profesional set up at your place!," kata beberapa netizen termasuk rakan selebriti.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: