25 September 2021

BILA IQBAL TUNJUK DIRI KAYA, SIAP CAMPAK DUIT



"Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu. Takkan nak tunjuk... oh ini duit aku, nak tabur macam tu? Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia... untuk syarikat dia!

"Ala kalau setakat rumah Vida tu saya pun boleh beli. Saya boleh bagi untuk dia dan kena tahu juga saya bekerja dengan Vida saya memecah rekod dengan jualan mencapai RM400,000 sehari.

"Saya kena macam ni ke, aku kaya, aku tak nak duit orang. Macam tu, sampai bila saya nak kena buat macam ni (campak duit). Saya bukan orang macam ni, saya pun ada maruah. Nak kahwin harta je ke?

Klik untuk gambar besar



"Saya geram, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit. Ini duit saya buat sendiri," ujar bekas peribadi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal apabila dia menayang barangan berharga yang dibelinya hasil titik peluh sendiri sekaligus menafikan dirinya seorang kaki kikis.

Dalam pada itu, Iqbal turut menayang dua ekor kucing yang berharga RM15,000 dan RM8,500. Untuk barangan kucing sahaja, dia membelanjakan sehingga RM50,000.



Tidak hanya setakat itu, Iqbal turut menunjukkan koleksi minyak wangi dan jam tangan yang dimilikinya. Ujarnya, jam paling mahal dimilikinya mencecah harga RM1 juta.

Bagaimanapun, Iqbal mengakui bengang apabila sering dituduh kaki kikis serta mahu menumpang kekayaan Vida. Menjawab persoalan netizen yang mengatakan sama ada dia mampu atau tidak menjaga Vida yang sememangya kaya raya, Iqbal berkata dia mampu untuk membeli rumah jutawan kosmetik itu.

Dalam temubual tersbeut, Iqbal yang mungkin berang dengan tuduhan liar netizen secara tiba-tiba mencampakkan duit di hadapan wartawan. Nampaknya masih tiada kesudahan lagi mengenai kisah cinta Vida dengan Iqbal yang dikatakan bakal berkahwin Disember ini.





















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: