Nampaknya... isu Datuk Vida dengan Iqbal masih belum reda!
Ini kerana, meskipun sekadar mimpi, namun nampaknya Iqbal seolah cemburu dan 'terasa hati' dalam senyuman terhadap Roslan Shah apabila isu RM1 juta turut diketengahkan oleh artis berasal dari Singapura itu yang mimpi berkahwin dengan DSV.
"Selamat Mimpi Cik Lan tak terkencing ya hehehehe ..... Kalau dah JODOH Nak buat Macam mana ya .....Cik Lan tak Mampu Nak Kasi 1 Bulan 1 juta.....Cik Lan Mampu Kasi Makan Rojak Buah Maznah ke Tuuu aje ......
"Cik Lan orang Miskin lah. .....huhuhuhuhu....Gambar kenangan Cik B dan kacak Masih kecil dulu ya .... ( Hanya Mimpi Saja ya )....." seloroh Roslan Shah semalam.
Perkongsian tersebut menerima kecaman netizen apabila ada yang menganggap Roslan cuba untuk mencari publisiti murahan dan mengambil kesempatan atas isu yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
"Cik Lan akui cik Lan seorang pelembut dan Jangan menghina dan mengutuk dari luaran Saja ya tetapi sifat kelakian itu tetap ada dan Natsu... Sebagai Manusia boleh berubah apa," perli Roslan pada netizen yang menghinanya 'lembut'.
Namun apa yang paling terasa dijiwanya, ialah mesej peribadi Iqbal kepada dirinya yang didakwa seolah cuba memperkecilkannya yang memang sudah mengenali Datuk Vida sekian lama.
“Saya langsung tak terasa sekurang-kurangnya ada hiburan saya dan netizen. Saya tahu Cik Lan orang baik hati setiap kali kita jumpa.
“Di saat saya sedih ni Cik Lan cubalah pujuk DSV untuk nikah dengan Cik Lan. Anak-anak mereka mahu orang lebih dewasa,” tulis Iqbal menerusi mesej berkenaan yang seolah 'memulang paku buah keras'.
"Saya pun tak ada niat apa-apa cuma mahu berkongsi kisah mimpi itu dengan pengikut saya di media sosial. Tak sangka pula jadi lain.
"Saya dengan Datuk Vida memang sudah berkawan lama dan saya sangat menghormati beliau. Saya terus hubungi Datuk Seri Vida pukul dua pagi dan Iqbal pun saya DM sebab tak mahu mereka berkecil hati.
"Saya akan menghubungi Iqbal kembali bagi meminta penjelasan maksud sebenar mesej tersebut," balas Roslan yang hairan apabila gurauannya dianggap serius.
________________________
No comments:
Post a Comment