22 September 2021

LEPAS ZUL ARIFFIN - REMY ISHAK PULA TARIK DIRI DARI ABPBH-34



"Assalamualaikum semua. Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34. Memandangkan tahun lalu produk filem dan drama yang saya lakonkan kurang.

"Saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya," demikianlah maklum pelakon Remy Ishak menerusi muat naik di Insta Story miliknya.

Nampaknya Remy pula megikut jejak langkah seperti pelakon Zul Ariffin apabila mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri itu, pelakon pujaan ramai itu berkata dia telah memaklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak mencalonkan namanya dalam mana-mana kategori.

Ujarnya, dia tidak mahu dicalonkan kerana mahu memberi peluang kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding. Dalam pada itu, Remy turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur serta peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya.

Remy sebelum ini telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular sejak ABPBH ke-23 hingga tahun lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: