23 September 2021

FIRDAUS WONG DEDAH PERBUALAN LUCAH, NETIZEN TUNJUK BUKTI MEMANG EBIT LEW?



Kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew nampaknya masih lagi diperkatakan. Ini kerana terbaru, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram tampil mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew.

Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mangsa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

Firdaus turut berkongsikan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan seks di hadapan satu sama lain.

Dalam pada itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Jelasnya lagi, mangsa-mangsa telah pun membuat laporan polis.

Klik untuk gambar besar



"Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.

"Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

"Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis," tulisnya.



Sementara itu, ada pengguna Twitter mendakwa ada bukti bahawa lelaki di dalam video berkenaan ada pendakwah tersebut. Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan turut memuat naik video ditujukan khas buat penyokong pendakwah berkenaan yang mengatakan ianya adalah fitnah.

Dalam entri lain, pengguna itu turut memuat naik beberapa paparan skrin laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap pendakwah terkenal itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan oleh netizen berkenaan. Apa pun, lebih baik pihak berkuasa melakukan tugas mereka. Difahamkan, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: