"Alhamdulilah Allah masih beri saya nafas dan suara lagi. Syukur. Ini prosedur biasa yang akan dilakukan untuk melihat keadaan peti suara atau vocal chords kita sekiranya berlaku jangkitan dan sebagainya.
"Allahuakhbar, Allah Maha Besar. Kita cuma nampak apa yang kita nampak je tapi jarang terfikir bagaimana Allah mencipta sesuatu dari sekecil zarah sehinggalah sebesar organ dalam tubuh kita ni.
"Saya sempat berjumpa Mr Azmi pakar ENT dari @msumcmalaysia berkaitan peti suara saya yang masih dalam proses penyembuhan. Kita tunggu lagi dua minggu ya.
"Doakan saya segera sembuh. Terima kasih adikku," kongsi penyanyi Fazli Zainal yang meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan memiliki suara untuk terus bernyanyi.
Klik untuk gambar besar
Menurut Fazli, baru-baru ini dia telah pun berjumpa dengan doktor pakar bagi memeriksa keadaan peti suaranya yang dikhabarkan masih lagi didalam proses pemulihan.
Kata penyanyi lagu 'Harapan' itu lagi, selepas perjumpaan tersebut, dia semakin mensyukuri segala nikmat yang telah pun dikurniakan kepadanya selama ini.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Fazli menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Dikesempatan itu, Fazley turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar keadaan peti suaranya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Tambahnya lagi, keputusan pemeriksaan tersebut dijualkan akan diketahui dalam masa dua minggu. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar buat Fazli.
"MasyaAllah, moga diberi kesembuhan ya. - "Allahu, semoga diberikan kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudahkan proses penyembuhan you. - "Speedy recovery abang. - "Ya Allah berikanlah kesembuhan sepenuhnya pada Fazli Zainal. - "Semoga terus kuat semangat dan sihat," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Fazli telah menerima rawatan di Hospital Ampang selama 29 hari selepas dijangkiti wabak Covid-19. Pada ketika itu, Fazli juga dilaporkan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas tahap oksigennya menerusi ke paras 70 peratus.
________________________
No comments:
Post a Comment