Pengacara Nabil Mahir telah berkongsi rasa teruja apabila isterinya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan anak sulung mereka yang merupakan bayi perempuan, secara pembedahan semalam.
Ayda difahamkan terpaksa bersalin seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang selepas mengalami kontraksi dan bayi dalam keadaan songsang.
Nabil berkata, sepanjang proses kehamilan, bayi sulung mereka itu selalu memberikan maklum balas yang positif. Menurut Nabil, Ayda kini berada dalam keadaan yang baik selepas bertarung nyawa melahirkan puteri mereka.
"Saya hilang kata-kata. Akhirnya dapat menatap wajah anak kami. Saya sering bercakap ketika dia masih dalam perut ibunya dan dia selalu memberikan respon yang baik. Syukur dapat bertemu dengannya. Doakan semoga Ayda dan puteri sulung kami diberikan kesihatan yang baik.
Klik untuk gambar besar
"Semuanya baik-baik saja. Lagipun proses pembedahan berjalan dengan cepat. Cuma sekarang dia tidak berasa selesa kerana terpaksa menahan kesakitan. Dia seorang ibu yang kuat. Saya tak rasa saya mampu mengalas tugasnya ketika melihat keadaan dia yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
"Disebabkan Ayda mengalami kontraksi dan bayi dalam keadaan songsang, jadi puteri kami perlu dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang," jelasnya.
Untuk makluman, Ayda selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.77 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7.07 malam semalam.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
________________________
No comments:
Post a Comment