22 September 2021

INDIVIDU SONGLAP DUIT DIREMAN 3 HARI, BAKAL DIBICARA - ANDI BERNADEE SALAHKAN DIRI



"Buat masa sekarang kes masih dalam peringkat siasatan dan belum ke mahkamah tapi tinggal satu peringkat saja barulah akan ke mahkamah. Sehingga kini saya belum terima lagi duit yang dia sudah ambil. Duit yang dia ambil itu merupakan bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang.

"Hasil titik peluh saya bekerja dari awal tahun. Tapi saya percaya satu benda... mungkin bukan rezeki saya dan duit boleh cari. Tapi saya bersyukur juga benda ini terjadi kepada saya. Sekurang-kurangnya saya nampak benda ini awal sebelum saya terima tawaran dengan bayaran yang lebih besar.

"Apabila jadi macam ini, saya salahkan diri saya dahulu sebab terlalu mudah kesian dan percaya dekat orang. Sebab cara saya kenal dia pun berdasarkan simpati saya sebab dia anak yatim tapi tak sangka dia ambil kesempatan terhadap saya," ujar penyanyi Andi Bernadee yang mendedahkan wang sebanyak RM70,000 yang didakwa diambil rakan baiknya ialah hasil bayaran untuk drama Perisik Cinta Tak Diundang.

Bagaimanapun, Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan dia bakal dibicarakan di mahkamah tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Andi bersyukur perkara yang berlaku itu memberi pengajaran buat dirinya dan mempunyai hikmah tersembunyi. Penyanyi lagu 'Kais Pagi Kais Petang' itu menganggap apa yang berlaku merupakan kesalahannya sendiri yang terlalu mudah mempercayai orang.

Terdahulu, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000. Susulan itu, penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: