15 September 2021

"HARI INI I DENGAN ANAK-ANAK SAMBUT BIRTHDAY U DEKAT RUMAH BARU" - SHUIB



"Alhamdulilah... Hadiah Hari Jadi Ibu... Daripada Ibu... Selamat Hari Jadi Ibu. AL FATIHAH #1509184 #ShuibWaisTalitaMatinAyash #SitiSarah

"SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dgn Anak2 sambut Birthday U dkt rumah baru U. InsyaAllah, Walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dgn kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH. Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi.

"InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN #15Sept1984-09Ogos2021," demikianlah tulis pelawak Shuib Sepahtu menerusi muat naik di lama Instagram miliknya.

Selepas lebih sebulan berada di hospital, anak bongsu Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian, Shuib meluahkan rasa syukur di atas kehadiran anaknya itu yang merupakan hadiah istimewa daripada arwah isterinya sempena hari lahirnya hari ini.

Untuk makluman, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat jangkitan wabak.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: