15 September 2021

INI REAKSI ALIF SATAR BILA ISTERI DIKATA TAK LAWA



Pelakon dan penyanyi Alif Satar menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik foto bersama isterinya, Shadila Halid. Alif berkata tona kulitnya hampir sama cerah dengan isterinya gara-gara sudah lama tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah.

Ramai yang memuji pasangan tersebut mempunyai wajah yang hampir sama serta suka melihat pasangan tersebut yang sentiasa romantis meskipun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata. Namun, muncul seorang netizen ini meninggalkan komen kurang enak yang menegur wajah isterinya kerana melakukan aksi muncung 'duck face'.

Komen wanita itu mendapat reaksi daripada Alif yang tampil membalas serta meminta individu berkenaan supaya jangan bersikap biadab. Malah, rata-rata netizen yang lain turut menegur wanita berkenaan jika tiada perkara baik untuk perkatakan lebih baik jangan meninggalkan sebarang komen.

Klik untuk gambar besar










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: