04 September 2021

KEDAI DIJILAT API, KERUGIAN DIANGGARKAN RM6,000 - SAFWAN NAZRI REDA



Malang tak berbau! Demikian halnya dengan bintang media sosial dan pelakon, Safwan Nazri apabila salah satu cawangan kedainya terlibat kebakaran di Podium, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selepas lebih kurang empat bulan perniagaannya dihentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bintang Hero Remaja 2017 itu difahamkan telah memulakan perniagaan francais Ayo Fried Chicken itu kira-kira dua tahun lalu.

Safwan kini sudah mempunyai enam cawangan francais berkenaan termasuk di Lembah Klang serta di bahagian Utara seperti Kedah dan Perak. Meski mengakui perniagaannya sedikit terjejas akibat PKP), Safwan menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian dan dia reda dengan kejadian tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Baru sahaja nak mulakan semula operasi perniagaan di cawangan Podium KL, saya telah menerima khabar duka cita apabila pekerja kami menelefon memberitahu bahawa berlakunya kebakaran di kedai kami.

"Pada mulanya saya terkejut dan panik kerana ingatkan satu Podium terbakar, tetapi Alhamdulillah api berjaya dipadamkan segera dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Safwan pada masa turut berkongsi anggaran kerugian ekoran musibah yang menimpa: "Saya juga tidak dapat memastikan lagi berapa kerugian yang ditanggung kerana belum sempat untuk melihat secara keseluruhannya. Tetapi dianggarkan lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000 jugalah.



"Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana tidak ada yang cedera dan masih ada peralatan berniaga yang boleh digunakan lagi. Saya anggap ini sebagai ujian yang diberikan oleh Allah SWT dan reda dengan ketentuanNya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik Dia akan berikan pada saya nanti," katanya lagi.

Sementara itu, Safwan turut memuat naik sepotong video yang merakamkan situasi sekitar kejadian di Instgram: "Ya Allah Baru nak start berniaga balik selepas 4 bulan tutup sebab PKP, Dugaan apa ini Ya Allah.

"Minta Maaf semua, hanya @ayofriedchicken_ Terpaksa Tutup buat sementara waktu di Podium, Harap semuanya dipermudahkan Insyaallah," tulisnya pada ruangan kapsyen sedutan tersebut yang sehingga kini sudah pun ditonton lebih 57,000 kali.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: