04 September 2021

"YOU KNOW THAT YOU ARE VERY SPECIAL & I LOVE YOU" - UCAP ENGKU EMRAN



Sempena hari lahir yang ke-36 hari ini, Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti popular Noor Neelofa telah menerima hadiah sejambak bunga lily daripada suaminya, Engku Emran.

Nabila atau lebih mesra disapa Bella telah berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video menerusi laman sosial untuk tatapan umum. Engku Emran, 46, menerusi akaun Instagram miliknya, turut menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta.

"Dear your majesty. Not so many years ago today, you were born to share your love and kindness with everyone around you. May Allah continue to bless you with good health, good fortune, iman and taqwa. Ameen Ya Rabb. You know that your are very special to me and I love you," tulis Engku Emran.

Pada masa sama, Nabila turut menerima kad ucapan hari jadi istimewa daripada anaknya, Jebat Jayden Ahmad dan anak tirinya, Engku Aleesya.

Klik untuk gambar besar



"Hello mummy! Happy 36th birthday. I wish you eternal joy, love, wealth and health. Thank you for taking care and loving me. I really appreciate it. Have a wonderful birthday. Love Aleesya," tulis Aleesya pada ruangan kad ucapan.

Selain itu, Nabila turut dilihat menyambut hari lahir jadi bersama dua orang teman baik di sebuah restoran Perancis di ibu kota pada malam Jumaat.

Untuk makluman, Nabila dan Engku Emran sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.



Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Manakala Engku Emran pula, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan primadona, Erra Fazira dan pelakon Indonesia popular, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya. Bersama Laudya, mereka tidak dikurniakan anak.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: