04 September 2021

KETERANGAN NADIR & CAPRICE - POLIS SUDAH TERIMA E-MEL BALAS MEREKA



"Kita menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada Ahad lalu sebelum mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat.

"Kita telah menerima e-mel balas bersama jawapan daripada mereka baru-baru ini," kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah yang memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice, selesai diambil keterangan menerusi e-mel.

Polis selesai mengambil keterangan kedua-dua individu itu berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu. Ashari berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan, sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," jelasnya lagi.

Pada 21 Ogos lalu, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk berhubung dengan Nadir dan Caprice.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: